BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, 10 June 2011

Restock CD

okes, makcik dah restock CD..nih antara koleksi yang ada..kalo nak, sila bagitahu yer..jangan malu2, jom mulakan penjimatan hari ini...


2 CD atas, dari jenis minky (gebu bak baldu...)
yang biru, dari jenis coola printed..sebelahnya, si kiut pinky...
Stok adalah terhad, siapa cepat dia dapat..

Saturday, 14 May 2011

coolababy CD

CD made in China..tapi kualiti dan performance adalah ok, malah boleh dikatakan setanding dengan CD yg agak mahal..ia juga antara CD lasak yang digunakan tatkala di nurseri..


CD Coolababy (button)


CD Coolababy (velcro)


RM27/pc..belian lebih dari 5, ada diskaun lagi...

Thursday, 12 May 2011

Cloth Diaper vs Disposable diaper

Dalam entry dibawah ini, Cloth Diaper (lampin kain) akan merujuk kepada CD, dan Disposable Diaper (lampin pakai buang) merujuk kepada DD


Penggunaan CD adalah jauh lebih jimat berbanding menggunakan Disposable Diapers


Prinsip penggunaan yang mementingkan kesihatan dan kebersihan. Bagaimana? CD tidak mengandungi kandungan bahan kimia yang bertoksid. Jadi bayi tidak mempunyai masalah ruam lampin. Jadi, CD adalah sangat sesuai untuk kulit bayi yang sangat sensitif. Namun, adakalanya bayi yang berCD juga akan mendapat ruam..kenapa? kerana lambat ditukarkan lampinnya...


Dari segi isu Kesihatan pula, Lampin Pakai Buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya iaitu Dioxin - bahan yan terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (penyebab kanser). Penggunaannya telah dilarang di banyak negara, tetapi tidak termasuk USA. Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome. TRIBUTYL TIN (TBT) - Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan. Kes ruam lampin yang kian meningkat - Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang. Sebab-sebab terjadinya ruam lampin adalah kerana alahan, kekurangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.

Dari segi isu Alam Sekitar pula, lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang kepada 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas, serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik. Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah).Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

Banyak pihak sudah cuba melestarikan bumi..contohnya, tiada lagi beg plastik di pasar raya pada setiap hari Sabtu..tiadanya bekas makanan polisterin di kampus..penggunaan beg kertas tatkala mengambil ubat di farmasi kampus dll..

sekarang, tugas anda pula menyelamatkan bumi..ayuh! mari kita berubah!

sumber maklumat diatas, kredit to medaistore

Wednesday, 23 March 2011

stripwashing

Apa itu strip washing?

satu lagi term yang ibu2 perlu tahu bila menggunakan CD kepada si manja mereka..

Stripwash adalah langkah yang perlu dilakukan bila mommies dapati, CD anak mereka semakin kerap bocor (tanpa sebab)..tanpa sebab adalah selepas mommies pakaikan CD dengan betul (ketat pada pinggang dan paha, pakai 2 inserts dll)..so, bila langkah2 di atas dah diambil, tapi bila anak pee sekali jek, dah bocor, itu tandanya anda perlu buat stripwash ini..dan selalunya hanya lakukan stripwash nih 6 bulan lepas gunakan cd2 tersebut...

bagaimana caranya?

Caranya sedikit leceh..ini apa yg saya buat yer..

saya rendam CD yang telah dikenalpasti kedalam baldi yang berisi air suam..taruk sabun basuh pinggan..lagi senang kalo dpt yg jenis liquid mcm sunlight, glo dll..lepas tu, sila la gonyoh CD, terbalik2 kan pocket tuh, gonyoh jugak bhg dlm nya..gonyoh guna tngan yer, jgn pakai berus ke hapa..nanti rosak CD tuh..

inserts pon kena gonyoh jugak..

lepas dah gonyoh, masukkan semua CD dan inserts tu dlm washing machine untuk proses bilas dan keringkan..mungkin boleh buat 2 cycle of rinsing and spinning..

lepas tu, jemurlah macam biasa..

stripwash nih, hanya dilakukan bila kita dapati CD mula leaking/bocor..sekurang2nya setiap 6 bulan kita buat..tapi saya buat sekali jek hari tu..sebab nurseri asik komplen, CD awatif bocor jek..so, saya buat stripwash dan sekarang sudah ok..

Ada jugak cara stripwash lain yang boleh anda rujuk dlm blog2 CD yang lain..saya sertakan kat sini yer..

http://miabambina.blogspot.com/2007/05/strip-washing-cloth-diaper.html

http://www.mummysreviews.com/2010/09/07/how-to-strip-wash-cloth-diapers/

http://www.diyaluna.com/diary/2010/03/23/cd-bocor-strip-wash/

http://www.diyaluna.com/diary/2009/08/05/seharian/

http://farrahim.blogspot.com/2009/06/strip-washing-your-cloth-diapers.html

http://farrahim.blogspot.com/2009/06/strip-washing-your-cloth-diapers.html

http://keloncot.blogspot.com/2009/11/stripping-your-cloth-diapers.html

http://ibu2anak-kisahkami.blogspot.com/2010/01/my-life-is-blessed-with-vinegar.html

http://mazlyna.blogspot.com/2010/05/strip-wash.html

http://www.sentuhanbayu.com/2010/02/stripping-diaper-tips-from-everywhere.html

http://tintacomellote.blogspot.com/2010/03/sekali-sekala-rendam-cd-dengan-cuka.html

memang ada byk cara..ada yg cuma tambah cuka/soda bikarbonat ke dalam wm semasa rutin membasuh CD, ada yg tambah air suam dll..anda boleh cuba semua cara, dan pasti akan ketemu 1 cara yg sesuai utk anda..

semua links yang saya sertakan di sini, di ambil dari blog kaklong nuzula di sini

credit to: http://kaklongnuzula.blogspot.com/2010/08/stripping-cloth-diapers.html

Monday, 7 March 2011

update on sales

Alhamdulillah..

stok CD Coola button yg nak di clear kan tuh, dah habis diborong oleh seorang customer setia..tengs..u know who u are..hihihihi..

demi untuk tidak menghampakan kengkawan yg dah buat tempahan, saya panjangkan tarikh sales itu sehingga hujung bulan Mac 2011..ini juga bersempena harijadi anak sulung saya yang akan berusia 8 tahun pada 17 Mac 2011...walopun dia tak sempat pakai CD pada masa kecilnya, ini jugak sebagai tanda terima kasih atas sokongan kawan2...

so, kawan2, sila confirmkan order anda yer..sebelum berakhirnya tawaran ini pada 31 Mac 2011..

Tawaran harga RM25 sekeping tu hanya applicable utk CD Coolababy plain (button/velcro) yg asalnya nak habiskan stok..tapi sebab ada permintaan, saya lanjutkan..tak baek hampakan harapan org, eh...

kalo nak order CD lain (kat sebelah kiri blog), harganya mengikut yang tertera pada label CD2 tersebut..

Friday, 4 March 2011

jualan penghabisan stok..

nak jual CD, pada harga murah sehingga 31 Mac 2011 sahaja..

CD Coolababy = RM25 SAHAJA


Tuesday, 25 January 2011

bagaimana mahu bermula...

Tahniah kerana anda ada terfikir untuk men-cd kan anak anda..itu bermakna anda punya hasrat untuk membuat penjimatan berganda, memelihara bumi dari bahan buangan yang mengambil masa hampir 500 tahun untuk dilupuskan..


Pastinya banyak benda/persoalan yang bermain di minda anda..sama seperti saya ketika mula2 tahu tentang CD, study berbagai blog, klik pada pelbagai link, dari blog peribadi kepada blog kedai online..


dan bukan sedikit masa terluang...banyak..


siap amik alamat ym owner blog CD tu, tanya pelbagai soalan yg saya tak paham dari pembacaan...


so, untuk itu, saya sediakan beberapa pendapat awal tentang bagaimana nak bermula..


1. Apa itu CD?


2. Kenapa saya perlu/mahu ber-CD?

3. Berapa banyak CD yang saya perlukan sebagai permulaan?