BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 14 May 2011

coolababy CD

CD made in China..tapi kualiti dan performance adalah ok, malah boleh dikatakan setanding dengan CD yg agak mahal..ia juga antara CD lasak yang digunakan tatkala di nurseri..


CD Coolababy (button)


CD Coolababy (velcro)


RM27/pc..belian lebih dari 5, ada diskaun lagi...

Thursday 12 May 2011

Cloth Diaper vs Disposable diaper

Dalam entry dibawah ini, Cloth Diaper (lampin kain) akan merujuk kepada CD, dan Disposable Diaper (lampin pakai buang) merujuk kepada DD


Penggunaan CD adalah jauh lebih jimat berbanding menggunakan Disposable Diapers


Prinsip penggunaan yang mementingkan kesihatan dan kebersihan. Bagaimana? CD tidak mengandungi kandungan bahan kimia yang bertoksid. Jadi bayi tidak mempunyai masalah ruam lampin. Jadi, CD adalah sangat sesuai untuk kulit bayi yang sangat sensitif. Namun, adakalanya bayi yang berCD juga akan mendapat ruam..kenapa? kerana lambat ditukarkan lampinnya...


Dari segi isu Kesihatan pula, Lampin Pakai Buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya iaitu Dioxin - bahan yan terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (penyebab kanser). Penggunaannya telah dilarang di banyak negara, tetapi tidak termasuk USA. Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome. TRIBUTYL TIN (TBT) - Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan. Kes ruam lampin yang kian meningkat - Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang. Sebab-sebab terjadinya ruam lampin adalah kerana alahan, kekurangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.

Dari segi isu Alam Sekitar pula, lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang kepada 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas, serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik. Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah).Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

Banyak pihak sudah cuba melestarikan bumi..contohnya, tiada lagi beg plastik di pasar raya pada setiap hari Sabtu..tiadanya bekas makanan polisterin di kampus..penggunaan beg kertas tatkala mengambil ubat di farmasi kampus dll..

sekarang, tugas anda pula menyelamatkan bumi..ayuh! mari kita berubah!

sumber maklumat diatas, kredit to medaistore