BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 25 January 2011

bagaimana mahu bermula...

Tahniah kerana anda ada terfikir untuk men-cd kan anak anda..itu bermakna anda punya hasrat untuk membuat penjimatan berganda, memelihara bumi dari bahan buangan yang mengambil masa hampir 500 tahun untuk dilupuskan..


Pastinya banyak benda/persoalan yang bermain di minda anda..sama seperti saya ketika mula2 tahu tentang CD, study berbagai blog, klik pada pelbagai link, dari blog peribadi kepada blog kedai online..


dan bukan sedikit masa terluang...banyak..


siap amik alamat ym owner blog CD tu, tanya pelbagai soalan yg saya tak paham dari pembacaan...


so, untuk itu, saya sediakan beberapa pendapat awal tentang bagaimana nak bermula..


1. Apa itu CD?


2. Kenapa saya perlu/mahu ber-CD?

3. Berapa banyak CD yang saya perlukan sebagai permulaan?

Berapa CD saya perlukan??

Okes, satu lagi dilema yang dihadapi oleh newbies yang nak mula men CD kan anak mereka..

Takde undang2 tepat yang bleh bagitau seseorang perlu ada sehingga 20 keping CD..

Cuma cadangan saya, boleh mulakan dengan 2-3 keping dulu..sebab kita pun bukan nak buang dispo terus kan??

macam saya dulu, pakai CD selang selikan ngan dispo, walopun masa tu CD ada almost 20 keping..saya beli byk2 sekaligus sebab beli dlm kuantiti yang byk, boleh dapat harga diskaun..tapi itu pon boleh dipertikaikan sebenarnya..

kalo tanya saya, saya akan kata, cuba pelbagai jenama CD..sebab apa yang anak org lain pakai, tak semestinya serasi ngan anak kita..contoh, awatif yang kecik molek, sama usia ngan baby M..baby M mungkin tak selesa guna CD rainbow, tapi awatif ok jek..takde masalah..so, penjual hanya boleh cadangkan mengikut pengalaman dia sahaja..yang akan membuat keputusan adalah anda, sebab anak itu anak anda..

okes, berbalik semula kepada isu selang seli pakaikan CD ngan dispo...

Masa memula try CD dulu, lepas anak mandi pagi, saya pakaikan CD..pastu jam 11, tukar pakai dispo semula..kira 1 hari tu, pakai sekeping jek CD (testing utk 2-3 jam)..

dari hari ke hari, kita tingkat an penggunaan..contohnya, lepas mandi pagi, pakaikan CD sampai mlm..pakai dispo cuma waktu tido jek (kes tak confident..rasa mcm CD tu bocor jek kalo pakai lama..hikhikhik)...

Then, kita try plak pakaikan CD waktu tidur..bila dah yakin tak bocor, then boleh pelan2 tambah koleksi CD..dan mula ber CD sepenuhnya..hatta ketika berjalan2, pegi rumah sedara mara, pegi shopping, balik kampung, pegi bercuti dsbgnya..

Saya tak menjual Cd hanya kerana keuntungan..saya betulkan niat semula..niat asal saya jual CD sebab nak tolong kawan2 dan sedara mara yang tak pandai/tak yakin nak beli online..sebab tu saya akan pastikan org yang beli, esp yang baru first time nak cuba guna CD, supaya pahamkan betul2 cara nak guna, cara nak basuh, nak jaga dsbgnya..jugak isu2 lain seperti apa yg perlu dibuat kalo CD berterusan leaking..perlu buangkah atau nak kena buat apa??

Secara umumnya, CD akan lebih tahan lama, kalo kita kurangkan rotation penggunaannya...kebanyakkan blog mengatakan 20-25 keping CD cukup untuk buat rotation selama 3 hari..maksudnya, hari ke 3 baru start basuh...

Saya yang ada almost 40 CD pon dok rasa tak cukup..macam gatal jek tangan nak menambah..hikhik..gara2 malas nak lipat lepas basuh..tu yang rasa tak cukup jek..

kalo kita ada byk CD, maksudnya semakin kuranglah setiap satunya di rotate utk penggunaan seterusnya..jadi, dari segi ketahanan pun, akan lama jugaklah jangka hayatnya..perlu diingatkan, mmg CD nih boleh guna utk anak2 lain yang bakal lahir, tapi mommies kena tahu jugak cara nak menjaga ketahanan CD..salah satunya, ginilah..bykkan koleksi, supaya kita dpt kurangkan rotation penggunaan CD tuh..

lagi satu, please handle with care..maksudnya, kalo nak bukak button tu, bukak la dgn penuh kasih sayang, jgn main rentap jek..hikhik..

jangan nanti, ada yg kata CD nih cepat rosak, tangde bagi penjimatan pon..kena tgk lah cara guna camana kan..tak ada satu benda pon dlm dunia nih yg kekal..so, itu adalah jawapan terbaik..hihihi...

kenapa saya mahu/perlu ber CD

Rasanya ianya lebih kepada kemampuan dan keinginan ibu bapa itu sendiri..tak ada satu undang2 pun yang kata parents kena guna CD..takleh guna dispo..NO..NO..NO..

Ianya bergantung pada keinginan dan keperluan sesebuah keluarga itu sendiri..

Bagi saya, saya ber CD hanya kerana mahukan penjimatan..pada ketika itu, ada 2 anak yang masih memakai pampers..jadi mmg banyak belanja lah untuk belikan pampers tu..kena jugak siapkan bekalan untuk dihantar ke nurseri..kalo satu beg, katalah RM35, paling koman kena beli 4 beg (sebab 2 orang yang pakai, 2 beg hantar kat nurseri, 2 beg kat umah..) so RM35 x 4 =RM 140..

memang nampak macam sikit..tapi kalo setahun, mau RM1680.00

kali lagi ngan 3 tahun =RM5040.00...perrrggghhhhhhh!!!!!!!

so, keinginan saya adalah untuk buat penjimatan tang mana yg boleh jimat..kalo nak ikat perut, macam tak gamak plak..hahaha..tu pon dah start naik moto, kecuali kalo memerlukan kereta utk bawak semua org..hikhik..dulu boleh pakai ron97..sekarang dah tak berapa nak mampu..

alhamdulillah..rasanya dah setahun lebih berCD, mmg jimat lah..umo awatif pon dah setahun 5 bulan..mungkin dah setahun 7 bulan saya berCD, sebab saya mula gunakan CD ketika awatif masih dlm perut..masa tu pakaikan CD untuk abang awatif, si Naufal..so, bila awatif lahir, cuma lepas pantang baru start CD..

Lain2 alasan mahu ber CD, adalah sebab tensi ngan sampah dispo yang nak kena buang..memula dulu, saya campurkan jek sampah domestik ngan dispo..tapi lama kelamaan saya asingkan..sampah dispo dibuang bila penuh plastik..so, makan masa dalam 2-3 hari jugak..so, sepanjang itulah hidung dok menahan bau busuk dlm rumah sendiri..hikhik..sebab dulu kat rumah sewa, takde tong sampah depan rumah..sebab duduk area kampung, kalo nak buang sampah, kena keluar pi buang kat jalan besar..kat situ ada tong sampah besar..huhuhu..azablah..

lagipun, sisa dispo perlukan hampir 500 tahun untuk dilupuskan..dan dlm akhbar utusan mingguan ahad lepas (23.1.2011), sampah yang dibuang oleh rakyat malaysia boleh mencecah sebesar negeri perlis kalo dibiarkan tak berkutip selama 5 hari! owwhhh...takmo..takmo..

alasan lain? ada yang kata nak elakkan rashes..ada kawan yang bila anak pakai dispo, rashes naik..tukar byk jenama dispo pun, masih naik rashes..so, depa cuba CD dan alhamdulillah, rashes tak timbul lagi..dari segi logik pemikiran, rashes timbul bila ada tindakbalas najis dan bahan kimia yang terdapat pada dispo..

macam anak2 saya plak, mmg takde masalah rashes masa pakai dispo..cuma bila pakai CD awal2 dulu, mmg rashes..tapi ianya terjadi sebab saya terlupa tukar CD..huhuhu..so, kalo org tanya, betulkah CD tak sebabkan rashes? i will say yes, but in my case, anak ada rashes sbb salah saya yang lupa nak tukarkan CD setiap 2-3 jam sekali..sebab najis sendiri ada toksik kan..sebab tu kena kerap tukar untuk elakkan rashes timbul..

Alasan lain? mungkin mengikut trend semasa..hikhikhik..maklumlah, sekarang nih, dimana2 pun, orang bercakap ttg green the earth..setiap sabtu pon, dah takde beg plastik di semua pasar raya di Malaysia kan?? itu antara salah satu usaha ke arah green the earth..

Jadi, tepuk dada, tanya selera..tanya jugak poket anda..CD pun macam susu gak..ada yang mahal, ada yang murah..poket anda yang tentukan yang mana anda mahukan..

dan CD yang murah, tak kalah dari segi performance..antara yang sangat mendapat sambutan pengguna adalah CD Coola..yer, mmg made in China, tapi performance ok..yang mahal, macam RumpaRooz tu, boleh cecah almost RM80 sekeping..dan banyak lagilah yang mahal2.. 

Semoga entry ini memberi anda idea kenapa anda mahu men CD kan anak anda..

Apa itu CD

CD ialah acronym kepada Cloth Diaper..atau dalam bahasa mudah kain lampin..ianya bukanlah satu perkara yang baharu, sementelah kita sejak kecik, mak2 kita pun pakaikan kain lampin sebelum kita grad toilet training..hihihi..

Cuma CD pada hari ini, adalah lampin kain yang telah di-upgrade..upgrade dari segi fizikal..namun fungsinya masih sama..menampung kebasahan bayi/anak kecik..dan ianya boleh menampung at least 2 kali basahan (tapi nih bergantung pada anak..ada anak yg heavy wetter, ada yg light..)upgrade dari segi corak/warna yang sangat chumel..bak kata kengkawan dlm FB, pakai CD jek pon takpe..tak payah pakai seluar..biar nampak montot chomel gitu..hikhikhik..

Upgrade dari segi fizikal..ianya terdiri daripada insert/soaker dan pocket pant (bagi yang jenis pocket pant)..sebenarnya, CD ada byk istilah, fold insert, AIO (All in One), AI2 (All in 2) dan pelbagai lagi..saya tak pandai pun semua tuh..jadi saya hanya terangkan jenis CD yang dijual di kedai online saya sahaja..selebihnya anda boleh google atau join komuniti Malaysian Cloth Diaper Parents dlm facebook..kat situ, mcm2 benda dibincangkan..

Yang saya jual adalah dari jenis pocket pants..masukkan insert (sekeping atau 2 keping, bergantung pada keadaan) ke dalam pocket, laraskan butang dan ianya siap untuk dipakaikan pada si manja anda..

insert dari jenis microfibre perlu dimasukkan ke dalam pocket pants, kerana ianya tak boleh bersentuhan dengan kulit montot bayi..dikhuatiri akan menyebabkan kekeringan melampau pada anak dan menimbulkan ruam kemerah2 an..hanya insert dari jenis bamboo, hemp dan cotton saja yang boleh bersentuhan dengan kulit montot bayi..

hari nih ada banyak style ber-CD..ada satu jenis CD yang saya beli, CD DyanaMP yang namanya easy style..takde pocket utk masukkan inserts, cuma ada button saja..so, butangkan inserts hemp/bamboo dan boleh pakaikan terus pada anak..

ps: sekeping insert tahan selama 2-3 jam..ini juga bergantung pada anak anda..yang saya estimate 2-3 jam, adalah mengikut pengalaman saya ber-CD bersama si manja saya..waktu tidur malam, memang pakai 2 inserts..tahan lah dari jam 9 mlm hingga 7 pagi keesokan harinya..sama jugak, ini pun bergantung pada keadaan anak..macam awatif, kadang bocor jugak, sebab ptg tu byk minum air, pastu tido jenis meniarap..basah kat depan dan banjirlah toto..hikhikhik..