ada gak yang lain2 corak..ada dlm fb..jemput visit yer...
ps: nota tambahan: kalo masih berkenan pada corak yg dah sold out, bagitahu yer..saya akan restock secepat mungkin...
menjual cd untuk membantu masyarakat setempat..asalnya hanya buat secara offline, tapi rasanya perlu online..mana tahu rezeki, walaupun saingan online mmg sengit..
Posted by oren at 3/29/2012 09:40:00 am 2 comments
Labels: GG Babies-series, QQ new prints, Rainbow
Selalunya, kalo beli CD, akan dapat insert dari jenis microfleece (mf)..cuma ada sesetengah brand sahaja yang menggunakan material lain selain dari mf..antaranya jenama bamboolite, yg mana insertsnya adalah dari jenis bamboo..samada bamboosuede atau bamboovelour...(bamboo pun ada kategori taw..tu tak masuk lagi kategori bamboo terry, bamboo charcoal dll ~ makcik pun tau hat nih saja..hiks..)
insert bamboo disukai oleh ibu2 kerana:
1. ianya organik..maka boleh terus bersentuhan dengan montot baby...kalo mf, tak bleh..sebab mf adalah synthetic, dan buleh menyebabkan kekeringan pada kulit bayi..tapi bamboo, tak..sebab ia organik..
2. mampu menakung pee lebih banyak berbanding mf..jadi, ianya sesuai digunakan waktu baby tido malam, ataupun sewaktu keluar berjalan2 ke shopping compleks, menghadiri kenduri dll...
Posted by oren at 11/16/2011 09:10:00 am 0 comments
Labels: insert/booster
Salam...
entry khas sempena menjawap pertanyaan kak lela..
1. nak letak 2 inserts, tapi takmo bulky sangat..camana yer? brand apa yang sesuai?
jujurnya, kalo utk baby, berdasarkan pengalaman, mmg pakaikan 1 insert sahaja pada siang hari..utk mlm, saya guna 2 inserts..mmg bulky, tapi itu jek pilihan yg ada..tapi, mcm sekarang, dh ada byk insert jenis nipis, tapi daya serapan tinggi..antaranya jenis bamboofleece ataupun zorbII..pendapat peribadi saya, saya lebih gemarkan bamboo..sebab si awatif, pakai 2 lai zorbII pon, banjir..zorbII nih ada di pasaran..tapi tak ramai org jual..dan pengakuan jujur dari saya, saya pon ada order this kind of material..kalo akak nak, saya bleh jahitkan utk akak..diluar, depa juai RM45 for a set of 3pcs..saya? belum tahu lagi..nanti bila kain dh sampai, dah siap jahit baru bleh beri anggaran kos..tapi seriously thinking that a baby tak perlukan these super absorbance insert (tapi kalo travel, baguih jugak kalo ada yg super absorbance nih, kan..)..sebab dia hanya menyusu sahaja..lainlah kalo baby dah berumur setahun, yg mana corak pemakanan dia pon lebih variety, byk minum air masak and jus disamping susu (seperti awatif..hihihi)..so, kalo tanya pendapat saya, i will say, pakai 1 insert sahaja untuk siang, dan utk mlm, boleh taruk 2 inserts..tang bulky tu, terpaksalah..unless if u really think that bulky is a big issue, then you might want to opt for a bamboo or zorbII inserts....
2. bila baby poo, camana nak hilangkan kesan stain kuning2 tu?
masa zaman saya dahulu (waahh..mcm hidup zaman dinosaur saja..hiks), masih belum ada pemakaian liner..zaman sekarang, mommies ada menyarankan agar diletakkan liner sebelum memakaikan Cd pada bayi..which is saya rasa logik..sebab dulu, masa pakai lampin pakai buang pon, saya jugak gunakan liner..sebab corak baby poo adalah kerap, so, kadang baru jek pakaikan, dah poo..rasa sgt rugi sebab kena tukar ngan yg baru..huhuhu..itu berkaitan ngan wang lah yer (rugi sbb kena buang pampers yg mahal, yg baru jek kita pakaikan pada bayi)..tapi bila guna CD nih, mommies punya alasan ialah sebab malas nak guna byk2 CD (maybe tak larat cuci atau susah nak hilangkan stain..mebi..) dan nappy liner jugak ada 2 jenis, yg boleh dibasuh dan pakai semula (mcm CD) atau jenis buang terus..pilihan di tangan kita..
kesan kunin dan kotoran lain tu, akan hilang secara natural..suka saya nasihatkan agar terus bilas CD yang terkena poo..jangan tunggu sampai semalaman baru nak bilas..of course the stain remains kan..so, bilas cepat2..buang poo dlm toilet bowl, flush..CD yg kena kotoran tu, bilas/jirus dengan air yang kuat..kalo ada kunin2 tu, cuba lagi sampai give-up..hahaha..jangan risau, tak perlu gunakan clorox atau vanish untuk memutihkan kotoran tersebut..cuma basuh CD macam biasa dlm washing machine, dan jemur pada terik mentari..insyaAllah, boleh hilang kuning2 tuh..kalo hari nih jemur tak hilang, mebi dlm 2-3 kali kita pakai dan basuh, kesan itu akan hilang..ingat..matahari adalah peluntur /pemutih semulajadi inserts :)
3. Detergent apa yang sesuai?
secara umumnya, utk basuh CD, sila guna pencuci yang tiada enzim, tiada peluntur dan tiada pewangi. setakat research yang saya buat (research la sangat...hahahaha), hanya sabun pureen HAD sahaja yg bebas dari semua syarat2 yang disebut ini..HAD stand for HypoAllergenicDetergent (kalo tak silap)..botolnya kaler hijau, dan banyak dijual di gudang seperti Jusco, Giant, Tesco, Billion dan butik2 barangan bayi..kalo ada jenama Pureen kat situ, insyaAllah, ada lah pureen HAD nih..cumanya, selalu jek habis..sebotol, reganya dlm RM15.90 (yg saya beli dulu lah..)..saya basuh CD selang sehari, dengan kuantiti CD antara 10-18 helai CD, gunakan hanya 1/4 penutup sahaja..dan sabun ini tahan sehingga 5-6 bulan (saya tulis tarikh guna marker pada botol, so, baru tahu berapa lama tahannya..)..perlu diingat, untuk membersihkan CD, tak payah sabun yg banyak..cuma perlu rinse lebih..cara saya, saya akan setkan washing machine pada mode wash dan rinse..lepas dah stop that cycle, saya akan setkan mode rinse dan spin..so, dlm 4 kali jugak la dia bilas (washing machine sayalah..)
Posted by oren at 11/03/2011 03:51:00 pm 3 comments
Labels: persoalan ttg CD
Khas untuk Mawar (dan utk mereka yang berkenaan..hihihi)
Jujurnya, saya tiada pengalaman men-CD kan new born..anak bongsu mula pakai CD selepas habis musim pantang..alasan masa tu, sebab tak larat nak bilas..plus takde masa sebab pada masa tu, si Naufal pon pakai CD..so, kalo 2 org pakai CD, bleh bayangkan tak camana kalutnya saya nak menguruskannya? belum lagi masuk cerita nak masukkan inserts dlm pocket..huhuhu...nak lipat baju bajan depa pun jenuh..
yer, semua tu alasan yang benar...hihihi...
Berdasarkan pengamatan saya, CD yang sesuai untuk newborn dan bayi bersaiz kecil adalah dari jenama Rainbow. ini adalah kerana cutting CD tersebut adalah sedikit kecil berbanding CD lain seperti Coola/QQ...
Namun begitu, sekiranya bayi itu memang bayi yg saiznya kecik comel, trim slim saja, insyaAllah, CD rainbow masih boleh dipakai sehingga usianya 2 tahun (awatif masih pakai CD rainbow sehingga sekarang)..kalo letak 2 inserts, memang bulky (mebi sebab cuttingnya kecik berbanding CD lain)...
Dan kini, CD rainbow mempunyai variasi bercorak (sebelum ini hanya plain sahaja)..jadi, pilihan terletak di tangan anda..gambar, ada disebelah kiri blog ini..
Posted by oren at 10/17/2011 04:41:00 pm 2 comments
Labels: diapering a newborn
Posted by oren at 10/13/2011 09:22:00 am 4 comments
Labels: QQ new prints
Posted by oren at 9/30/2011 09:18:00 am 0 comments
Labels: current stock
hmm..dah lama tak update kat sini..
anyway, ini antara stock yg ada di dlm simpanan..jika mahu, sila lah order yer..hiks..
Posted by oren at 8/08/2011 08:13:00 am 0 comments
Labels: current stock
Posted by oren at 6/10/2011 04:24:00 pm 0 comments
Labels: CD in stock
CD made in China..tapi kualiti dan performance adalah ok, malah boleh dikatakan setanding dengan CD yg agak mahal..ia juga antara CD lasak yang digunakan tatkala di nurseri..
Posted by oren at 5/14/2011 04:48:00 pm 3 comments
Labels: Coolababy
Dalam entry dibawah ini, Cloth Diaper (lampin kain) akan merujuk kepada CD, dan Disposable Diaper (lampin pakai buang) merujuk kepada DD
Penggunaan CD adalah jauh lebih jimat berbanding menggunakan Disposable Diapers
Prinsip penggunaan yang mementingkan kesihatan dan kebersihan. Bagaimana? CD tidak mengandungi kandungan bahan kimia yang bertoksid. Jadi bayi tidak mempunyai masalah ruam lampin. Jadi, CD adalah sangat sesuai untuk kulit bayi yang sangat sensitif. Namun, adakalanya bayi yang berCD juga akan mendapat ruam..kenapa? kerana lambat ditukarkan lampinnya...
Posted by oren at 5/12/2011 11:38:00 am 0 comments
Labels: CD vs DD
Apa itu strip washing?
satu lagi term yang ibu2 perlu tahu bila menggunakan CD kepada si manja mereka..
Stripwash adalah langkah yang perlu dilakukan bila mommies dapati, CD anak mereka semakin kerap bocor (tanpa sebab)..tanpa sebab adalah selepas mommies pakaikan CD dengan betul (ketat pada pinggang dan paha, pakai 2 inserts dll)..so, bila langkah2 di atas dah diambil, tapi bila anak pee sekali jek, dah bocor, itu tandanya anda perlu buat stripwash ini..dan selalunya hanya lakukan stripwash nih 6 bulan lepas gunakan cd2 tersebut...
bagaimana caranya?
Caranya sedikit leceh..ini apa yg saya buat yer..
saya rendam CD yang telah dikenalpasti kedalam baldi yang berisi air suam..taruk sabun basuh pinggan..lagi senang kalo dpt yg jenis liquid mcm sunlight, glo dll..lepas tu, sila la gonyoh CD, terbalik2 kan pocket tuh, gonyoh jugak bhg dlm nya..gonyoh guna tngan yer, jgn pakai berus ke hapa..nanti rosak CD tuh..
inserts pon kena gonyoh jugak..
lepas dah gonyoh, masukkan semua CD dan inserts tu dlm washing machine untuk proses bilas dan keringkan..mungkin boleh buat 2 cycle of rinsing and spinning..
lepas tu, jemurlah macam biasa..
stripwash nih, hanya dilakukan bila kita dapati CD mula leaking/bocor..sekurang2nya setiap 6 bulan kita buat..tapi saya buat sekali jek hari tu..sebab nurseri asik komplen, CD awatif bocor jek..so, saya buat stripwash dan sekarang sudah ok..
Ada jugak cara stripwash lain yang boleh anda rujuk dlm blog2 CD yang lain..saya sertakan kat sini yer..
http://miabambina.blogspot.com/2007/05/strip-washing-cloth-diaper.html
http://www.mummysreviews.com/2010/09/07/how-to-strip-wash-cloth-diapers/
http://www.diyaluna.com/diary/2010/03/23/cd-bocor-strip-wash/
http://www.diyaluna.com/diary/2009/08/05/seharian/
http://farrahim.blogspot.com/2009/06/strip-washing-your-cloth-diapers.html
http://farrahim.blogspot.com/2009/06/strip-washing-your-cloth-diapers.html
http://keloncot.blogspot.com/2009/11/stripping-your-cloth-diapers.html
http://ibu2anak-kisahkami.blogspot.com/2010/01/my-life-is-blessed-with-vinegar.html
http://mazlyna.blogspot.com/2010/05/strip-wash.html
http://www.sentuhanbayu.com/2010/02/stripping-diaper-tips-from-everywhere.html
http://tintacomellote.blogspot.com/2010/03/sekali-sekala-rendam-cd-dengan-cuka.html
memang ada byk cara..ada yg cuma tambah cuka/soda bikarbonat ke dalam wm semasa rutin membasuh CD, ada yg tambah air suam dll..anda boleh cuba semua cara, dan pasti akan ketemu 1 cara yg sesuai utk anda..
semua links yang saya sertakan di sini, di ambil dari blog kaklong nuzula di sini
credit to: http://kaklongnuzula.blogspot.com/2010/08/stripping-cloth-diapers.html
Posted by oren at 3/23/2011 10:00:00 am 2 comments
Labels: stripwashing cd
Alhamdulillah..
stok CD Coola button yg nak di clear kan tuh, dah habis diborong oleh seorang customer setia..tengs..u know who u are..hihihihi..
demi untuk tidak menghampakan kengkawan yg dah buat tempahan, saya panjangkan tarikh sales itu sehingga hujung bulan Mac 2011..ini juga bersempena harijadi anak sulung saya yang akan berusia 8 tahun pada 17 Mac 2011...walopun dia tak sempat pakai CD pada masa kecilnya, ini jugak sebagai tanda terima kasih atas sokongan kawan2...
so, kawan2, sila confirmkan order anda yer..sebelum berakhirnya tawaran ini pada 31 Mac 2011..
Tawaran harga RM25 sekeping tu hanya applicable utk CD Coolababy plain (button/velcro) yg asalnya nak habiskan stok..tapi sebab ada permintaan, saya lanjutkan..tak baek hampakan harapan org, eh...
kalo nak order CD lain (kat sebelah kiri blog), harganya mengikut yang tertera pada label CD2 tersebut..
Posted by oren at 3/07/2011 11:36:00 am 0 comments
Labels: sale
nak jual CD, pada harga murah sehingga 31 Mac 2011 sahaja..
CD Coolababy = RM25 SAHAJA
Posted by oren at 3/04/2011 11:19:00 am 0 comments
Labels: sale
Tahniah kerana anda ada terfikir untuk men-cd kan anak anda..itu bermakna anda punya hasrat untuk membuat penjimatan berganda, memelihara bumi dari bahan buangan yang mengambil masa hampir 500 tahun untuk dilupuskan..
Pastinya banyak benda/persoalan yang bermain di minda anda..sama seperti saya ketika mula2 tahu tentang CD, study berbagai blog, klik pada pelbagai link, dari blog peribadi kepada blog kedai online..
dan bukan sedikit masa terluang...banyak..
siap amik alamat ym owner blog CD tu, tanya pelbagai soalan yg saya tak paham dari pembacaan...
so, untuk itu, saya sediakan beberapa pendapat awal tentang bagaimana nak bermula..
1. Apa itu CD?
2. Kenapa saya perlu/mahu ber-CD?
3. Berapa banyak CD yang saya perlukan sebagai permulaan?
Posted by oren at 1/25/2011 03:37:00 pm 2 comments
Labels: mula bercd
Okes, satu lagi dilema yang dihadapi oleh newbies yang nak mula men CD kan anak mereka..
Takde undang2 tepat yang bleh bagitau seseorang perlu ada sehingga 20 keping CD..
Cuma cadangan saya, boleh mulakan dengan 2-3 keping dulu..sebab kita pun bukan nak buang dispo terus kan??
macam saya dulu, pakai CD selang selikan ngan dispo, walopun masa tu CD ada almost 20 keping..saya beli byk2 sekaligus sebab beli dlm kuantiti yang byk, boleh dapat harga diskaun..tapi itu pon boleh dipertikaikan sebenarnya..
kalo tanya saya, saya akan kata, cuba pelbagai jenama CD..sebab apa yang anak org lain pakai, tak semestinya serasi ngan anak kita..contoh, awatif yang kecik molek, sama usia ngan baby M..baby M mungkin tak selesa guna CD rainbow, tapi awatif ok jek..takde masalah..so, penjual hanya boleh cadangkan mengikut pengalaman dia sahaja..yang akan membuat keputusan adalah anda, sebab anak itu anak anda..
okes, berbalik semula kepada isu selang seli pakaikan CD ngan dispo...
Masa memula try CD dulu, lepas anak mandi pagi, saya pakaikan CD..pastu jam 11, tukar pakai dispo semula..kira 1 hari tu, pakai sekeping jek CD (testing utk 2-3 jam)..
dari hari ke hari, kita tingkat an penggunaan..contohnya, lepas mandi pagi, pakaikan CD sampai mlm..pakai dispo cuma waktu tido jek (kes tak confident..rasa mcm CD tu bocor jek kalo pakai lama..hikhikhik)...
Then, kita try plak pakaikan CD waktu tidur..bila dah yakin tak bocor, then boleh pelan2 tambah koleksi CD..dan mula ber CD sepenuhnya..hatta ketika berjalan2, pegi rumah sedara mara, pegi shopping, balik kampung, pegi bercuti dsbgnya..
Saya tak menjual Cd hanya kerana keuntungan..saya betulkan niat semula..niat asal saya jual CD sebab nak tolong kawan2 dan sedara mara yang tak pandai/tak yakin nak beli online..sebab tu saya akan pastikan org yang beli, esp yang baru first time nak cuba guna CD, supaya pahamkan betul2 cara nak guna, cara nak basuh, nak jaga dsbgnya..jugak isu2 lain seperti apa yg perlu dibuat kalo CD berterusan leaking..perlu buangkah atau nak kena buat apa??
Secara umumnya, CD akan lebih tahan lama, kalo kita kurangkan rotation penggunaannya...kebanyakkan blog mengatakan 20-25 keping CD cukup untuk buat rotation selama 3 hari..maksudnya, hari ke 3 baru start basuh...
Saya yang ada almost 40 CD pon dok rasa tak cukup..macam gatal jek tangan nak menambah..hikhik..gara2 malas nak lipat lepas basuh..tu yang rasa tak cukup jek..
kalo kita ada byk CD, maksudnya semakin kuranglah setiap satunya di rotate utk penggunaan seterusnya..jadi, dari segi ketahanan pun, akan lama jugaklah jangka hayatnya..perlu diingatkan, mmg CD nih boleh guna utk anak2 lain yang bakal lahir, tapi mommies kena tahu jugak cara nak menjaga ketahanan CD..salah satunya, ginilah..bykkan koleksi, supaya kita dpt kurangkan rotation penggunaan CD tuh..
lagi satu, please handle with care..maksudnya, kalo nak bukak button tu, bukak la dgn penuh kasih sayang, jgn main rentap jek..hikhik..
jangan nanti, ada yg kata CD nih cepat rosak, tangde bagi penjimatan pon..kena tgk lah cara guna camana kan..tak ada satu benda pon dlm dunia nih yg kekal..so, itu adalah jawapan terbaik..hihihi...
Posted by oren at 1/25/2011 03:35:00 pm 0 comments
Labels: berapa CD nak kena ada
Rasanya ianya lebih kepada kemampuan dan keinginan ibu bapa itu sendiri..tak ada satu undang2 pun yang kata parents kena guna CD..takleh guna dispo..NO..NO..NO..
Ianya bergantung pada keinginan dan keperluan sesebuah keluarga itu sendiri..
Bagi saya, saya ber CD hanya kerana mahukan penjimatan..pada ketika itu, ada 2 anak yang masih memakai pampers..jadi mmg banyak belanja lah untuk belikan pampers tu..kena jugak siapkan bekalan untuk dihantar ke nurseri..kalo satu beg, katalah RM35, paling koman kena beli 4 beg (sebab 2 orang yang pakai, 2 beg hantar kat nurseri, 2 beg kat umah..) so RM35 x 4 =RM 140..
memang nampak macam sikit..tapi kalo setahun, mau RM1680.00
kali lagi ngan 3 tahun =RM5040.00...perrrggghhhhhhh!!!!!!!
so, keinginan saya adalah untuk buat penjimatan tang mana yg boleh jimat..kalo nak ikat perut, macam tak gamak plak..hahaha..tu pon dah start naik moto, kecuali kalo memerlukan kereta utk bawak semua org..hikhik..dulu boleh pakai ron97..sekarang dah tak berapa nak mampu..
alhamdulillah..rasanya dah setahun lebih berCD, mmg jimat lah..umo awatif pon dah setahun 5 bulan..mungkin dah setahun 7 bulan saya berCD, sebab saya mula gunakan CD ketika awatif masih dlm perut..masa tu pakaikan CD untuk abang awatif, si Naufal..so, bila awatif lahir, cuma lepas pantang baru start CD..
Lain2 alasan mahu ber CD, adalah sebab tensi ngan sampah dispo yang nak kena buang..memula dulu, saya campurkan jek sampah domestik ngan dispo..tapi lama kelamaan saya asingkan..sampah dispo dibuang bila penuh plastik..so, makan masa dalam 2-3 hari jugak..so, sepanjang itulah hidung dok menahan bau busuk dlm rumah sendiri..hikhik..sebab dulu kat rumah sewa, takde tong sampah depan rumah..sebab duduk area kampung, kalo nak buang sampah, kena keluar pi buang kat jalan besar..kat situ ada tong sampah besar..huhuhu..azablah..
lagipun, sisa dispo perlukan hampir 500 tahun untuk dilupuskan..dan dlm akhbar utusan mingguan ahad lepas (23.1.2011), sampah yang dibuang oleh rakyat malaysia boleh mencecah sebesar negeri perlis kalo dibiarkan tak berkutip selama 5 hari! owwhhh...takmo..takmo..
alasan lain? ada yang kata nak elakkan rashes..ada kawan yang bila anak pakai dispo, rashes naik..tukar byk jenama dispo pun, masih naik rashes..so, depa cuba CD dan alhamdulillah, rashes tak timbul lagi..dari segi logik pemikiran, rashes timbul bila ada tindakbalas najis dan bahan kimia yang terdapat pada dispo..
macam anak2 saya plak, mmg takde masalah rashes masa pakai dispo..cuma bila pakai CD awal2 dulu, mmg rashes..tapi ianya terjadi sebab saya terlupa tukar CD..huhuhu..so, kalo org tanya, betulkah CD tak sebabkan rashes? i will say yes, but in my case, anak ada rashes sbb salah saya yang lupa nak tukarkan CD setiap 2-3 jam sekali..sebab najis sendiri ada toksik kan..sebab tu kena kerap tukar untuk elakkan rashes timbul..
Alasan lain? mungkin mengikut trend semasa..hikhikhik..maklumlah, sekarang nih, dimana2 pun, orang bercakap ttg green the earth..setiap sabtu pon, dah takde beg plastik di semua pasar raya di Malaysia kan?? itu antara salah satu usaha ke arah green the earth..
Jadi, tepuk dada, tanya selera..tanya jugak poket anda..CD pun macam susu gak..ada yang mahal, ada yang murah..poket anda yang tentukan yang mana anda mahukan..
dan CD yang murah, tak kalah dari segi performance..antara yang sangat mendapat sambutan pengguna adalah CD Coola..yer, mmg made in China, tapi performance ok..yang mahal, macam RumpaRooz tu, boleh cecah almost RM80 sekeping..dan banyak lagilah yang mahal2..
Semoga entry ini memberi anda idea kenapa anda mahu men CD kan anak anda..
Posted by oren at 1/25/2011 03:11:00 pm 0 comments
Labels: kenapa mahu ber-cd
CD ialah acronym kepada Cloth Diaper..atau dalam bahasa mudah kain lampin..ianya bukanlah satu perkara yang baharu, sementelah kita sejak kecik, mak2 kita pun pakaikan kain lampin sebelum kita grad toilet training..hihihi..
Cuma CD pada hari ini, adalah lampin kain yang telah di-upgrade..upgrade dari segi fizikal..namun fungsinya masih sama..menampung kebasahan bayi/anak kecik..dan ianya boleh menampung at least 2 kali basahan (tapi nih bergantung pada anak..ada anak yg heavy wetter, ada yg light..)upgrade dari segi corak/warna yang sangat chumel..bak kata kengkawan dlm FB, pakai CD jek pon takpe..tak payah pakai seluar..biar nampak montot chomel gitu..hikhikhik..
Upgrade dari segi fizikal..ianya terdiri daripada insert/soaker dan pocket pant (bagi yang jenis pocket pant)..sebenarnya, CD ada byk istilah, fold insert, AIO (All in One), AI2 (All in 2) dan pelbagai lagi..saya tak pandai pun semua tuh..jadi saya hanya terangkan jenis CD yang dijual di kedai online saya sahaja..selebihnya anda boleh google atau join komuniti Malaysian Cloth Diaper Parents dlm facebook..kat situ, mcm2 benda dibincangkan..
Yang saya jual adalah dari jenis pocket pants..masukkan insert (sekeping atau 2 keping, bergantung pada keadaan) ke dalam pocket, laraskan butang dan ianya siap untuk dipakaikan pada si manja anda..
insert dari jenis microfibre perlu dimasukkan ke dalam pocket pants, kerana ianya tak boleh bersentuhan dengan kulit montot bayi..dikhuatiri akan menyebabkan kekeringan melampau pada anak dan menimbulkan ruam kemerah2 an..hanya insert dari jenis bamboo, hemp dan cotton saja yang boleh bersentuhan dengan kulit montot bayi..
hari nih ada banyak style ber-CD..ada satu jenis CD yang saya beli, CD DyanaMP yang namanya easy style..takde pocket utk masukkan inserts, cuma ada button saja..so, butangkan inserts hemp/bamboo dan boleh pakaikan terus pada anak..
ps: sekeping insert tahan selama 2-3 jam..ini juga bergantung pada anak anda..yang saya estimate 2-3 jam, adalah mengikut pengalaman saya ber-CD bersama si manja saya..waktu tidur malam, memang pakai 2 inserts..tahan lah dari jam 9 mlm hingga 7 pagi keesokan harinya..sama jugak, ini pun bergantung pada keadaan anak..macam awatif, kadang bocor jugak, sebab ptg tu byk minum air, pastu tido jenis meniarap..basah kat depan dan banjirlah toto..hikhikhik..
Posted by oren at 1/25/2011 12:49:00 pm 0 comments
Labels: apa itu CD
Posted by oren at 12/28/2010 03:37:00 pm 0 comments
Labels: coolababy printed