BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 4 November 2010

review on CD...Coolababy


Baik...

ini adalah pandangan peribadi saya..dan ianya mungkin berbeza dengan individu lain..

Bagi saya, Coolababy antara CD yang digemari kerana ianya mampu dimiliki oleh ibu2 kelas sederhana..harganya serendah RM28/pcs masih dikira mampu milik...

Setakat ini, saya memakaikan si bongsu dengan 1 insert di waktu siang (velcro)..tapi pada sebelah malam, memang pakai 2 inserts ~ button (jenama lain pun, pakai 2 inserts)...

Takde bezanya voelcro atau button..cuma bagi saya, velcro nih, lagi lama dia agak loose, so, macam tak berapa nak melekat lah..(ini pendapat saya berdasarkan penggunaan sendiri)..so, terpulang pada ibu2 untuk membuat pilihan..selalunya, velcro nih mudah sikit nak setkan, means kalo baby tu perutnya slim atau bulat, mmg takde masalah..cuma bila simanja sudah semakin cerdik, siaplah kalo pakai jenis velcro..sebab dia akan suka-suki bukak sendiri CD dia..hikhikhik..Kalo pakai button, susah skitlah tangan kecik anak2 nih nak cabutkan..

Dan jujurnya, ada ketikanya memang bocor..sebab???

Sebab Awatif tido lasak, plus dia dah diajar tido meniarap..so, itu agaknya yang buatkan dia lenjun...hikhikhik...dan agaknya, sudah tiba masanya saya buat stripping wash..apa itu stripping wash?

Lagi satu, cutting dan saiz Coolababy agak besar jika dibandingkan dengan jenama Rainbow dan Babyland...so, kalo guna Coolababy, setting untuk Awatif adalah saiz S, sedangkan kalo guna jenama Rainbow dan Babyland, saya set-kan size M...

Bila dah lama pakai, inserts Coolababy akan menjadi sedikit keras dan macam nipis..tapi prestasi penyerapan masih tidak terjejas...

Jadi, prestasi keseluruhan adalah memuaskan..out of 5, saya bagi 4 bintang...

ps: seorang customer pernah beritahu saya, beliau lebih prefer Coolababy berbanding jenama lain..mungkin bayinya bersaiz besar..sebab itulah bagi beliau ianya sangat sesuai bagi beliau dan bayinya..

0 comments: