BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Monday, 17 October 2011

diapering a newborn baby

Khas untuk Mawar (dan utk mereka yang berkenaan..hihihi)


Jujurnya, saya tiada pengalaman men-CD kan new born..anak bongsu mula pakai CD selepas habis musim pantang..alasan masa tu, sebab tak larat nak bilas..plus takde masa sebab pada masa tu, si Naufal pon pakai CD..so, kalo 2 org pakai CD, bleh bayangkan tak camana kalutnya saya nak menguruskannya? belum lagi masuk cerita nak masukkan inserts dlm pocket..huhuhu...nak lipat baju bajan depa pun jenuh..


yer, semua tu alasan yang benar...hihihi...


Berdasarkan pengamatan saya, CD yang sesuai untuk newborn dan bayi bersaiz kecil adalah dari jenama Rainbow. ini adalah kerana cutting CD tersebut adalah sedikit kecil berbanding CD lain seperti Coola/QQ...


Namun begitu, sekiranya bayi itu memang bayi yg saiznya kecik comel, trim slim saja, insyaAllah, CD rainbow masih boleh dipakai sehingga usianya 2 tahun (awatif masih pakai CD rainbow sehingga sekarang)..kalo letak 2 inserts, memang bulky (mebi sebab cuttingnya kecik berbanding CD lain)...


Dan kini, CD rainbow mempunyai variasi bercorak (sebelum ini hanya plain sahaja)..jadi, pilihan terletak di tangan anda..gambar, ada disebelah kiri blog ini..



ini contoh CD rainbow printed..sama mcm rainbow biasa, cuma yang ini, bercorak..


kalo bayi jenis yang sensitif, ramai yang cadangkan agar si ibu menggunakan CD yang lapisan innernya terdiri dari jenis bamboo charcoal (kaler kelabu)..


Jadi, jika ibu baru nak berjinak2 memakaikan anak CD, adalah disarankan anda membeli satu jenis sahaja bagi setiap jenama..ini untuk mengetahui yang mana satu sesuai dan elok dengan bayi anda..perlu ingat, apa yg anak saya pakai, mungkin tak sesuai dengan anak anda pakai..sama konsep jugak mcm pakaian lain, kan...


insyaAllah, di sini, anda boleh dapatkan stok CD pada harga mampu milik..


kaler hijau, CD rainbow..dan merah adalah Coola..nampak tak betapa bulky-nya bila masuk 2 inserts..


Masih CD2 yang sama, tapi yang merah plak kat atas..nampak nipis saja walopun dah masukkan 2 inserts dlm tu...




Perbandingan bukaan masing2..perasan tak, CD Rainbow (hijau) agak kecil berbanding Coola (merah)? jahitan kedut tu rasanya yang membuatkan Rainbow lebih kecil berbanding Coola




lagi gambar perbandingan (secara bertindan..tapi tak berapa obvious sgt kan??)

Thursday, 13 October 2011

QQ Baby (new prints)

Cute kan the prints? maukah?? sila hubungi saya untuk tempahan....



Jeans-habes


Dinosaur-habes


Cars-habes


Sushi-habes


Toys-habes



Apple-habes



Kitty in Red-available



Cloud-habes


Harga? RM32 every pcs..comes with 2 microfibre inserts...dijangka sampai hujung Oktober 2011


Friday, 30 September 2011

current stock as on 30.9.2011

khas untuk kak izan...kak, nih ready stock yang ada...


yang ini la coolababy, coloured button, ada satu jek yg white button...harga yang coloured button ialah RM26..velcro, tarak..hiks..



CD printed (bercorak)..ada yg jenis minky (baldu), ada jugak yang PUL (keras)..brand Sunny/QQ baby..harga RM30/pc..cuma yang bubble kaler purple tu jek RM25, sebab yang itu brand babyland..cuma satu jek velcro yang ada, iaitu orangesheep..yang lain semua button..

Kalo takde yang berkenan dlm nih, bleh la order yg lain ikut album yang ada kat sebelah kiri blog nih..tapi akan amik masa lah..sebab kadang takde stok, kena tunggu shipping dari China...harap maklum....

Monday, 8 August 2011

current stock available

 hmm..dah lama tak update kat sini..

anyway, ini antara stock yg ada di dlm simpanan..jika mahu, sila lah order yer..hiks..



cd printed (bercor
ak)..dari kiri atas: buble meroon (babyland), lamb (qqbaby) 
                                   dari kiri bawah: jeans dan floral (babyland)



cd coola plain..ada yang coloured button, dan ada yg biasa saja (butang putih..) yang coloured button, cuma mahal singgit jek dari yg putih...mau kah???


Friday, 10 June 2011

Restock CD

okes, makcik dah restock CD..nih antara koleksi yang ada..kalo nak, sila bagitahu yer..jangan malu2, jom mulakan penjimatan hari ini...


2 CD atas, dari jenis minky (gebu bak baldu...)
yang biru, dari jenis coola printed..sebelahnya, si kiut pinky...
Stok adalah terhad, siapa cepat dia dapat..

Saturday, 14 May 2011

coolababy CD

CD made in China..tapi kualiti dan performance adalah ok, malah boleh dikatakan setanding dengan CD yg agak mahal..ia juga antara CD lasak yang digunakan tatkala di nurseri..


CD Coolababy (button)


CD Coolababy (velcro)


RM27/pc..belian lebih dari 5, ada diskaun lagi...

Thursday, 12 May 2011

Cloth Diaper vs Disposable diaper

Dalam entry dibawah ini, Cloth Diaper (lampin kain) akan merujuk kepada CD, dan Disposable Diaper (lampin pakai buang) merujuk kepada DD


Penggunaan CD adalah jauh lebih jimat berbanding menggunakan Disposable Diapers


Prinsip penggunaan yang mementingkan kesihatan dan kebersihan. Bagaimana? CD tidak mengandungi kandungan bahan kimia yang bertoksid. Jadi bayi tidak mempunyai masalah ruam lampin. Jadi, CD adalah sangat sesuai untuk kulit bayi yang sangat sensitif. Namun, adakalanya bayi yang berCD juga akan mendapat ruam..kenapa? kerana lambat ditukarkan lampinnya...


Dari segi isu Kesihatan pula, Lampin Pakai Buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya iaitu Dioxin - bahan yan terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (penyebab kanser). Penggunaannya telah dilarang di banyak negara, tetapi tidak termasuk USA. Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome. TRIBUTYL TIN (TBT) - Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan. Kes ruam lampin yang kian meningkat - Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang. Sebab-sebab terjadinya ruam lampin adalah kerana alahan, kekurangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.

Dari segi isu Alam Sekitar pula, lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang kepada 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas, serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik. Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah).Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

Banyak pihak sudah cuba melestarikan bumi..contohnya, tiada lagi beg plastik di pasar raya pada setiap hari Sabtu..tiadanya bekas makanan polisterin di kampus..penggunaan beg kertas tatkala mengambil ubat di farmasi kampus dll..

sekarang, tugas anda pula menyelamatkan bumi..ayuh! mari kita berubah!

sumber maklumat diatas, kredit to medaistore