BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, 13 October 2011

QQ Baby (new prints)

Cute kan the prints? maukah?? sila hubungi saya untuk tempahan....



Jeans-habes


Dinosaur-habes


Cars-habes


Sushi-habes


Toys-habes



Apple-habes



Kitty in Red-available



Cloud-habes


Harga? RM32 every pcs..comes with 2 microfibre inserts...dijangka sampai hujung Oktober 2011


Friday, 30 September 2011

current stock as on 30.9.2011

khas untuk kak izan...kak, nih ready stock yang ada...


yang ini la coolababy, coloured button, ada satu jek yg white button...harga yang coloured button ialah RM26..velcro, tarak..hiks..



CD printed (bercorak)..ada yg jenis minky (baldu), ada jugak yang PUL (keras)..brand Sunny/QQ baby..harga RM30/pc..cuma yang bubble kaler purple tu jek RM25, sebab yang itu brand babyland..cuma satu jek velcro yang ada, iaitu orangesheep..yang lain semua button..

Kalo takde yang berkenan dlm nih, bleh la order yg lain ikut album yang ada kat sebelah kiri blog nih..tapi akan amik masa lah..sebab kadang takde stok, kena tunggu shipping dari China...harap maklum....

Monday, 8 August 2011

current stock available

 hmm..dah lama tak update kat sini..

anyway, ini antara stock yg ada di dlm simpanan..jika mahu, sila lah order yer..hiks..



cd printed (bercor
ak)..dari kiri atas: buble meroon (babyland), lamb (qqbaby) 
                                   dari kiri bawah: jeans dan floral (babyland)



cd coola plain..ada yang coloured button, dan ada yg biasa saja (butang putih..) yang coloured button, cuma mahal singgit jek dari yg putih...mau kah???


Friday, 10 June 2011

Restock CD

okes, makcik dah restock CD..nih antara koleksi yang ada..kalo nak, sila bagitahu yer..jangan malu2, jom mulakan penjimatan hari ini...


2 CD atas, dari jenis minky (gebu bak baldu...)
yang biru, dari jenis coola printed..sebelahnya, si kiut pinky...
Stok adalah terhad, siapa cepat dia dapat..

Saturday, 14 May 2011

coolababy CD

CD made in China..tapi kualiti dan performance adalah ok, malah boleh dikatakan setanding dengan CD yg agak mahal..ia juga antara CD lasak yang digunakan tatkala di nurseri..


CD Coolababy (button)


CD Coolababy (velcro)


RM27/pc..belian lebih dari 5, ada diskaun lagi...

Thursday, 12 May 2011

Cloth Diaper vs Disposable diaper

Dalam entry dibawah ini, Cloth Diaper (lampin kain) akan merujuk kepada CD, dan Disposable Diaper (lampin pakai buang) merujuk kepada DD


Penggunaan CD adalah jauh lebih jimat berbanding menggunakan Disposable Diapers


Prinsip penggunaan yang mementingkan kesihatan dan kebersihan. Bagaimana? CD tidak mengandungi kandungan bahan kimia yang bertoksid. Jadi bayi tidak mempunyai masalah ruam lampin. Jadi, CD adalah sangat sesuai untuk kulit bayi yang sangat sensitif. Namun, adakalanya bayi yang berCD juga akan mendapat ruam..kenapa? kerana lambat ditukarkan lampinnya...


Dari segi isu Kesihatan pula, Lampin Pakai Buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya iaitu Dioxin - bahan yan terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (penyebab kanser). Penggunaannya telah dilarang di banyak negara, tetapi tidak termasuk USA. Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome. TRIBUTYL TIN (TBT) - Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan. Kes ruam lampin yang kian meningkat - Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang. Sebab-sebab terjadinya ruam lampin adalah kerana alahan, kekurangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.

Dari segi isu Alam Sekitar pula, lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang kepada 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas, serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik. Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah).Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

Banyak pihak sudah cuba melestarikan bumi..contohnya, tiada lagi beg plastik di pasar raya pada setiap hari Sabtu..tiadanya bekas makanan polisterin di kampus..penggunaan beg kertas tatkala mengambil ubat di farmasi kampus dll..

sekarang, tugas anda pula menyelamatkan bumi..ayuh! mari kita berubah!

sumber maklumat diatas, kredit to medaistore

Wednesday, 23 March 2011

stripwashing

Apa itu strip washing?

satu lagi term yang ibu2 perlu tahu bila menggunakan CD kepada si manja mereka..

Stripwash adalah langkah yang perlu dilakukan bila mommies dapati, CD anak mereka semakin kerap bocor (tanpa sebab)..tanpa sebab adalah selepas mommies pakaikan CD dengan betul (ketat pada pinggang dan paha, pakai 2 inserts dll)..so, bila langkah2 di atas dah diambil, tapi bila anak pee sekali jek, dah bocor, itu tandanya anda perlu buat stripwash ini..dan selalunya hanya lakukan stripwash nih 6 bulan lepas gunakan cd2 tersebut...

bagaimana caranya?

Caranya sedikit leceh..ini apa yg saya buat yer..

saya rendam CD yang telah dikenalpasti kedalam baldi yang berisi air suam..taruk sabun basuh pinggan..lagi senang kalo dpt yg jenis liquid mcm sunlight, glo dll..lepas tu, sila la gonyoh CD, terbalik2 kan pocket tuh, gonyoh jugak bhg dlm nya..gonyoh guna tngan yer, jgn pakai berus ke hapa..nanti rosak CD tuh..

inserts pon kena gonyoh jugak..

lepas dah gonyoh, masukkan semua CD dan inserts tu dlm washing machine untuk proses bilas dan keringkan..mungkin boleh buat 2 cycle of rinsing and spinning..

lepas tu, jemurlah macam biasa..

stripwash nih, hanya dilakukan bila kita dapati CD mula leaking/bocor..sekurang2nya setiap 6 bulan kita buat..tapi saya buat sekali jek hari tu..sebab nurseri asik komplen, CD awatif bocor jek..so, saya buat stripwash dan sekarang sudah ok..

Ada jugak cara stripwash lain yang boleh anda rujuk dlm blog2 CD yang lain..saya sertakan kat sini yer..

http://miabambina.blogspot.com/2007/05/strip-washing-cloth-diaper.html

http://www.mummysreviews.com/2010/09/07/how-to-strip-wash-cloth-diapers/

http://www.diyaluna.com/diary/2010/03/23/cd-bocor-strip-wash/

http://www.diyaluna.com/diary/2009/08/05/seharian/

http://farrahim.blogspot.com/2009/06/strip-washing-your-cloth-diapers.html

http://farrahim.blogspot.com/2009/06/strip-washing-your-cloth-diapers.html

http://keloncot.blogspot.com/2009/11/stripping-your-cloth-diapers.html

http://ibu2anak-kisahkami.blogspot.com/2010/01/my-life-is-blessed-with-vinegar.html

http://mazlyna.blogspot.com/2010/05/strip-wash.html

http://www.sentuhanbayu.com/2010/02/stripping-diaper-tips-from-everywhere.html

http://tintacomellote.blogspot.com/2010/03/sekali-sekala-rendam-cd-dengan-cuka.html

memang ada byk cara..ada yg cuma tambah cuka/soda bikarbonat ke dalam wm semasa rutin membasuh CD, ada yg tambah air suam dll..anda boleh cuba semua cara, dan pasti akan ketemu 1 cara yg sesuai utk anda..

semua links yang saya sertakan di sini, di ambil dari blog kaklong nuzula di sini

credit to: http://kaklongnuzula.blogspot.com/2010/08/stripping-cloth-diapers.html