BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 25 January 2011

Berapa CD saya perlukan??

Okes, satu lagi dilema yang dihadapi oleh newbies yang nak mula men CD kan anak mereka..

Takde undang2 tepat yang bleh bagitau seseorang perlu ada sehingga 20 keping CD..

Cuma cadangan saya, boleh mulakan dengan 2-3 keping dulu..sebab kita pun bukan nak buang dispo terus kan??

macam saya dulu, pakai CD selang selikan ngan dispo, walopun masa tu CD ada almost 20 keping..saya beli byk2 sekaligus sebab beli dlm kuantiti yang byk, boleh dapat harga diskaun..tapi itu pon boleh dipertikaikan sebenarnya..

kalo tanya saya, saya akan kata, cuba pelbagai jenama CD..sebab apa yang anak org lain pakai, tak semestinya serasi ngan anak kita..contoh, awatif yang kecik molek, sama usia ngan baby M..baby M mungkin tak selesa guna CD rainbow, tapi awatif ok jek..takde masalah..so, penjual hanya boleh cadangkan mengikut pengalaman dia sahaja..yang akan membuat keputusan adalah anda, sebab anak itu anak anda..

okes, berbalik semula kepada isu selang seli pakaikan CD ngan dispo...

Masa memula try CD dulu, lepas anak mandi pagi, saya pakaikan CD..pastu jam 11, tukar pakai dispo semula..kira 1 hari tu, pakai sekeping jek CD (testing utk 2-3 jam)..

dari hari ke hari, kita tingkat an penggunaan..contohnya, lepas mandi pagi, pakaikan CD sampai mlm..pakai dispo cuma waktu tido jek (kes tak confident..rasa mcm CD tu bocor jek kalo pakai lama..hikhikhik)...

Then, kita try plak pakaikan CD waktu tidur..bila dah yakin tak bocor, then boleh pelan2 tambah koleksi CD..dan mula ber CD sepenuhnya..hatta ketika berjalan2, pegi rumah sedara mara, pegi shopping, balik kampung, pegi bercuti dsbgnya..

Saya tak menjual Cd hanya kerana keuntungan..saya betulkan niat semula..niat asal saya jual CD sebab nak tolong kawan2 dan sedara mara yang tak pandai/tak yakin nak beli online..sebab tu saya akan pastikan org yang beli, esp yang baru first time nak cuba guna CD, supaya pahamkan betul2 cara nak guna, cara nak basuh, nak jaga dsbgnya..jugak isu2 lain seperti apa yg perlu dibuat kalo CD berterusan leaking..perlu buangkah atau nak kena buat apa??

Secara umumnya, CD akan lebih tahan lama, kalo kita kurangkan rotation penggunaannya...kebanyakkan blog mengatakan 20-25 keping CD cukup untuk buat rotation selama 3 hari..maksudnya, hari ke 3 baru start basuh...

Saya yang ada almost 40 CD pon dok rasa tak cukup..macam gatal jek tangan nak menambah..hikhik..gara2 malas nak lipat lepas basuh..tu yang rasa tak cukup jek..

kalo kita ada byk CD, maksudnya semakin kuranglah setiap satunya di rotate utk penggunaan seterusnya..jadi, dari segi ketahanan pun, akan lama jugaklah jangka hayatnya..perlu diingatkan, mmg CD nih boleh guna utk anak2 lain yang bakal lahir, tapi mommies kena tahu jugak cara nak menjaga ketahanan CD..salah satunya, ginilah..bykkan koleksi, supaya kita dpt kurangkan rotation penggunaan CD tuh..

lagi satu, please handle with care..maksudnya, kalo nak bukak button tu, bukak la dgn penuh kasih sayang, jgn main rentap jek..hikhik..

jangan nanti, ada yg kata CD nih cepat rosak, tangde bagi penjimatan pon..kena tgk lah cara guna camana kan..tak ada satu benda pon dlm dunia nih yg kekal..so, itu adalah jawapan terbaik..hihihi...

0 comments: