BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 25 January 2011

Apa itu CD

CD ialah acronym kepada Cloth Diaper..atau dalam bahasa mudah kain lampin..ianya bukanlah satu perkara yang baharu, sementelah kita sejak kecik, mak2 kita pun pakaikan kain lampin sebelum kita grad toilet training..hihihi..

Cuma CD pada hari ini, adalah lampin kain yang telah di-upgrade..upgrade dari segi fizikal..namun fungsinya masih sama..menampung kebasahan bayi/anak kecik..dan ianya boleh menampung at least 2 kali basahan (tapi nih bergantung pada anak..ada anak yg heavy wetter, ada yg light..)upgrade dari segi corak/warna yang sangat chumel..bak kata kengkawan dlm FB, pakai CD jek pon takpe..tak payah pakai seluar..biar nampak montot chomel gitu..hikhikhik..

Upgrade dari segi fizikal..ianya terdiri daripada insert/soaker dan pocket pant (bagi yang jenis pocket pant)..sebenarnya, CD ada byk istilah, fold insert, AIO (All in One), AI2 (All in 2) dan pelbagai lagi..saya tak pandai pun semua tuh..jadi saya hanya terangkan jenis CD yang dijual di kedai online saya sahaja..selebihnya anda boleh google atau join komuniti Malaysian Cloth Diaper Parents dlm facebook..kat situ, mcm2 benda dibincangkan..

Yang saya jual adalah dari jenis pocket pants..masukkan insert (sekeping atau 2 keping, bergantung pada keadaan) ke dalam pocket, laraskan butang dan ianya siap untuk dipakaikan pada si manja anda..

insert dari jenis microfibre perlu dimasukkan ke dalam pocket pants, kerana ianya tak boleh bersentuhan dengan kulit montot bayi..dikhuatiri akan menyebabkan kekeringan melampau pada anak dan menimbulkan ruam kemerah2 an..hanya insert dari jenis bamboo, hemp dan cotton saja yang boleh bersentuhan dengan kulit montot bayi..

hari nih ada banyak style ber-CD..ada satu jenis CD yang saya beli, CD DyanaMP yang namanya easy style..takde pocket utk masukkan inserts, cuma ada button saja..so, butangkan inserts hemp/bamboo dan boleh pakaikan terus pada anak..

ps: sekeping insert tahan selama 2-3 jam..ini juga bergantung pada anak anda..yang saya estimate 2-3 jam, adalah mengikut pengalaman saya ber-CD bersama si manja saya..waktu tidur malam, memang pakai 2 inserts..tahan lah dari jam 9 mlm hingga 7 pagi keesokan harinya..sama jugak, ini pun bergantung pada keadaan anak..macam awatif, kadang bocor jugak, sebab ptg tu byk minum air, pastu tido jenis meniarap..basah kat depan dan banjirlah toto..hikhikhik..

0 comments: