BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 28 December 2010

coolababy printed


Button style (picture credit to happy-clothdiapering.blogspot.com)

Velcro style


Harga?????



RM33 sekeping..tapi, macam biasalah, belian lebih dari 3pcs, ada diskaun lagi..mari beli..mari beli...

nota: added on 27.1.2011-hanya tinggal sekeping saja CD Coola printed button dlm simpanan saya, iaitu no.6

Friday 10 December 2010

ready stock

Berikut adalah koleksi CD ready stock yang ada dalam simpanan saya..terdiri daripada jenis Sunny/QQ Baby Minky....


Zebra (button)
Colourful swirl (button)
Polkadotblue (button) ~ soldPolkadotwhite (button)
Moolite (velcro) ~ sold

Mickey (button)
Jeans (button) ~ sold


Greenfruit (button) ~ sold
Greenfootball (button) ~ sold
Giraffe (button)

Darkleopard (button)

Brownchocolate (velcro) ~ sold
Blueflakes (button)
Army (velcro) ~ sold

CD yang 4 nih, luar dia (outer), materialnya adalah dari PUL..maksudnya tak gebu lah..macam CD biasa lah..10 CD kat atas nih, material luar dia (outer) adalah dari jenis minky (ala2 baldu gitu..)Yang pastinya, semua CD akan dibekalkan dengan 2 inserts, dan material sebelah dalam (inner) terdiri dari material suede..satu kelainan dari pengguna yang biasa menggunakan CD Coola atau Rainbow..yang pastinya, material suede nih, lebih mudah dicuci..maksudnya, kalo baby poop, jirus kejap jek dah hilang..macam kalis gitu..tapi kalo baby poop (tercirit), mmg amik masa skit..

Harga jualan setiap 1 CD adalah RM33...
Macam biasa, belian 3 keping dan keatas akan ada diskaun lagi...

Thursday 9 December 2010

CD di nurseri

Saya mula menggunakan CD di nurseri seawal usia Awatif 3 bulan..masa umo 2 bulan, dah hantar anak ke nurseri, tapi masa tu sesi memperabihkan dispo yang memang banyak dibeli..

sebenarnya, sebelum tu lagi dah gunakan CD untuk si Naufal (abang Awatif) ketika di nurseri yang sama..

mujurlah nurseri tak banyak songeh..depa terima jek bila saya decided utk guna CD lepas dispo habis..saya terangkan pada mereka apa yg perlu dibuat..

kalo CD dikotori air kencing, just tukar yang baru jek..yang dah guna tu, masukkan dalam plastik..

kalo CD yang ada poop, mintak depa tolong buangkan poop ke mangkuk tandas, bilas CD untuk hilangkan kesan poop itu, kemudian masukkan jek dlm plastik (tak yah perah, takut depa geli..) tapi nurseri anak2 nih baguih, siap kadang tu depa buh sabun lagi nak hilangkan kesan poop (which is not good, sebab sabun tu ada enzim..tapi takpelah..bukan hari2 depa buat lagu tu..)

bagi sayalah, kalo takde wet bag pun takpe..boleh guna plastik yang tebal skit utk bubuh CD kotor..macam yang saya amalkan skrg...

 'wetbag' yang saya gunakan untuk Awatif di nurseri..ini adalah cotton beg atau beg kain yang selalu kita dapat bila beli barangan terpilih, macam beli air yogurt nestle kat supermarket, atau beli jajan masa karnival Jom Heboh ka..


Rupa CD yang saya susun dan hantar ke nurseri..selitkan jugak beg plastik untuk pengasuh masukkan CD yang telah digunakan/basah setelah baby poop atau pee..Selalunya saya bekalkan 5 keping CD untuk kegunaan Awatif di nurseri..pagi, masa hantar Awatif, selalunya dah tukar pakai CD yang bersih..selalunya, masa balik, akan ada baki 1 CD yang tak digunakan..


Rupa sebenar accesories CD..Wetbag yang sebenarnya tak payah pakai plastik dah, terus jek masukkan CD yang dah basah/busuk dan tutup ngan zip..utk pengetahuan, saya tak jual wetbag nih, tapi kalo nak jugak, boleh tolong orderkan dari supplier..hihihi..


Rupa wetbag lagi..ada beberapa corak jugaklah..kalo nak, sila maklumkan yer...

jadi, lepas amik anak kat nurseri, anda boleh bilas CD yang dah digunakan di rumah..dan simpan dalam baldi sehingga tiba hari basuhan..

mudahkan??

ps: tapi ramai yang saya approach, masih mengatakan sukarnya nak handle CD..apa yg sukar, tak tahulah..bukan suh basuh ngan tangan (kalo saya pon, mesti pengsan dah..hikhikhik)..insyaAllah, kalo kena cara jaga, cara guna, CD tu bleh simpan untuk anak2 akan datang, atau beri pada cucu anda dlm masa 20-30 tahun akan datang...

Wednesday 8 December 2010

cara membasuh cd

CD yang telah digunakan, samada terkena air kencing atau baby poop, sila bilas yer...kalo ada najis, sila buang dahulu dalam mangkuk tandas, kemudian percikkan air untuk menghilangkan sisa najis dan air kencing...

percikkan air pada pocket CD

keluarkan inserts dari pocket nya, bilas satu persatu..selalunya saya buat sampai yakin sisa najis dah takde...

bilas insert plak...

perah dengan lembut (dan kasih sayang), masukkan dalam baldi yang bertutup..kumpulkan sehingga hari pembasuhan...kena perah dengan lembut utk menjaga jahitan pada pocket CD..


CD yang telah dibilas dan siap untuk proses pembasuhan...

baldi bertutup saya :) ..tutup utk elakkan bau yg bakal keluar, dan jugak mengelakkan kanak2 ribena yang suka suki saja nak isi air dlm baldi tuh..hikhikhik...CD yang terendam dalam air boleh menggugat kadar penyerapannya..

saya membasuh CD selang sehari..kiranya setiap hari washing machine akan bekerja..hari nih basuh baju2, esok basuh CD, lusa basuh baju2 lagi dan begitulah seterusnya..(makcik kan ramai anak2, dan depa suka sungguh tukaq baju..)


sabun yang saya gunakan, Pureen HAD..sabun mambasuh CD perlulah bebas enzim, pewangi dan peluntur..so, silalah study bahan2 yang terdapat pada sabun cucian pilihan anda..



sila masukkan pocket dalam washing net (juga untuk menjaga kualiti jahitan)...inserts tak payah, biarkan dia berenang2 secara bebas dlm washing machine :P oo ye, washing net bleh dibeli di pasar raya..kalo kat parit buntar nih, bleh pi beli kat kedai Mr D.I.Y ..reganya jauh lebih murah dari yang ditawarkan oleh beberapa online stores..kalo nak suh makcik belikan pun, buleh gak..reganya dlm 3-5 hinggit saja..



gini la rupanya washing net..saya guna 2 helai..1 helai tu, selalunya muat dlm 8 keping pocket CD..sekali basuh antara 14-18 keping CD

inserts tak yah masuk dlm net..biarkan dia berenang gaya bebas..hikhikhik...


setelah selesai wash-rinse-spin, makcik akan mulakan another round of rinse and spin..sebab CD yang tak hilang baunya selepas pusingan basuhan pertama, perlu diberi bilasan kali kedua..selalunya pada spin yang last, saya masukkan 1-2 penutup dettol (nak bagi wangi)..kalo dettol habis, bleh guna limau kasturi, potong dan perah ke dalam washing machine..so, CD akan bau wangi jek...

tiba masa menjemur..ginilah rupanya..kalo cuaca panas terik, sekejap jek pocket dah bleh kering..inserts akan amik masa skit, esp yang jenis bamboo/hemp..yang saya jual (microfleece), pun boleh kering dlm masa 2-3 jam kalo dijemur bawah terik matahari..kalo hujan, sila buat ampaian dlm rumah..insyaAllah, kalo letak bawah kipas semalaman, dah buleh kering..


CD beratur di ampaian (sila abaikan dinding berkulat ittew..)


rupa CD yang beratur di jemuran (dari dekat)


satu lagi accesories yang perlu tatkala menyidai inserts..


bila dah kering, silalah mulakan sesi melipat yer..hikhikhik..

Monday 22 November 2010

pakej CD

Okes..

untuk yang mahu mencuba2 menggunakan CD, tak tahu nak pilih yang mana satu?

Saya ada sediakan beberapa pakej untuk anda cuba


Pakej Trial 1 (3 CD)

1 pc Babyland Printed ~ RM26
1 pc Coolababy Button ~ RM26
1 pc Coolababy Velcro ~ RM26

Postage ~ RM6

TOTAL = RM 84 sahaja


Pakej Trial 2 (3 CD)

1 pc Coolababy Button ~ RM26
1 pc Coolababy Velcro ~ RM26
1 pc QQ Baby (minky) ~ RM31

Postage ~ RM6

TOTAL = RM 89 sahaja


**atau anda boleh tukar dari velcro ke button dan sebaliknya..sila nyatakan warna/corak yang anda mahukan

Thursday 4 November 2010

review on CD...Coolababy


Baik...

ini adalah pandangan peribadi saya..dan ianya mungkin berbeza dengan individu lain..

Bagi saya, Coolababy antara CD yang digemari kerana ianya mampu dimiliki oleh ibu2 kelas sederhana..harganya serendah RM28/pcs masih dikira mampu milik...

Setakat ini, saya memakaikan si bongsu dengan 1 insert di waktu siang (velcro)..tapi pada sebelah malam, memang pakai 2 inserts ~ button (jenama lain pun, pakai 2 inserts)...

Takde bezanya voelcro atau button..cuma bagi saya, velcro nih, lagi lama dia agak loose, so, macam tak berapa nak melekat lah..(ini pendapat saya berdasarkan penggunaan sendiri)..so, terpulang pada ibu2 untuk membuat pilihan..selalunya, velcro nih mudah sikit nak setkan, means kalo baby tu perutnya slim atau bulat, mmg takde masalah..cuma bila simanja sudah semakin cerdik, siaplah kalo pakai jenis velcro..sebab dia akan suka-suki bukak sendiri CD dia..hikhikhik..Kalo pakai button, susah skitlah tangan kecik anak2 nih nak cabutkan..

Dan jujurnya, ada ketikanya memang bocor..sebab???

Sebab Awatif tido lasak, plus dia dah diajar tido meniarap..so, itu agaknya yang buatkan dia lenjun...hikhikhik...dan agaknya, sudah tiba masanya saya buat stripping wash..apa itu stripping wash?

Lagi satu, cutting dan saiz Coolababy agak besar jika dibandingkan dengan jenama Rainbow dan Babyland...so, kalo guna Coolababy, setting untuk Awatif adalah saiz S, sedangkan kalo guna jenama Rainbow dan Babyland, saya set-kan size M...

Bila dah lama pakai, inserts Coolababy akan menjadi sedikit keras dan macam nipis..tapi prestasi penyerapan masih tidak terjejas...

Jadi, prestasi keseluruhan adalah memuaskan..out of 5, saya bagi 4 bintang...

ps: seorang customer pernah beritahu saya, beliau lebih prefer Coolababy berbanding jenama lain..mungkin bayinya bersaiz besar..sebab itulah bagi beliau ianya sangat sesuai bagi beliau dan bayinya..

review on...Rainbow


Rainbow, another brand yang saya jual...

rainbow, cuttingnya kecik sedikit daripada Coolababy..Ianya didatangkan samada velcro atau pun button...so, disebabkan ianya kecik, maka amat sesuailah kalo nak pakaikan pada newborn baby (sbb depa mmg kecik :)...

but, not too worry..kalo bayi anda se-chumel anak saya ~aheemmm...masih buleh muat montot keciknya ittew walopun menginjak usia..so, masih lagi pembelian yang berbaloi-baloi-baloi..

Selalunya saya gunakan Rainbow CD pada sebelah siang (1 insert)..Tak pernah guna untuk malam, sebab macam bulky jek kalo masukkan 2 inserts... (nih saya la..org lain, tak tau..)

So, out of 5, saya bagi 4 bintang..

phewwiiitttt....

Berjimat dengan CD

Saya mula terjebak dengan CD atas alasan paling utama~ingin PENJIMATAN...

Segalanya bermula semasa saya mengandungkan anak ke 4 pada tahun 2009..pada ketika itu, anak saya yang no. 3 (Naufal-the kacang), masih menggunakan drypers...memang sejak dari anak yang sulung, kami adalah pengguna tegar drypers..bila sesak, baru guna pet-pet..tapi tak lama sebab ada kalanya bocor dan menimbulkan ruam pada montot si manja..

Maka, semasa tengah mencari2 info extra tentang breastfeeding (another passion of mine), saya terjumpa beberapa blog rakan2 yang bercerita tentang CD (ClothDiaper)..Memang dari dulu dah tau, tapi tak pernah berminat nak tahu apa itu CD, bagaimana ia menyumbang kepada penjimatan berganda, kebaikan, pro vs contra dll...

Jadi, bermula dari situ, saya study dan study dan study...

paling tertarik, penjimatan yang boleh dilakukan bila bertukar menggunakan CD

Contoh pengiraan disposable diapers adalah seperti berikut:

sekeping dispo RM0.60 x 6 keping = RM3.60 sehari (macam ok lagi nih..masih didalam bajet)

RM3.60 x 365 hari = RM1314.00 setahun (ermm..macam ok lagi jugak..)

RM1314.00 x 3 tahun = RM3942.00 (hmmm..almost 4K tuh..mahal jugak ekk..)

sekarang..kalau kita guna CD:

RM30 sekeping x 20 = RM600.00

RM600 itu adalah kos yang perlu dikeluarkan sehingga si manja berusia 3 tahun!!!

Bermakna, anda telah menjimatkan RM 3342.00...WOW...

anggaran perbelanjaan ini kalau harga dispo adalah RM0.60 sekeping...kalo lebih???

dan harga CD tu saya bagi anggaran..kadang, kalo beli dlm kuantiti yang banyak, lagi murah kita dapat beli CD tersebut..

Sehingga kini, seingat saya hampir setahun ber-CD, saya rasa memang jimat..pasai tak payah la setiap minggu dok browse katalog T*sco, Gi*ant, CarreF*ur dll semata2 nak bandingkan harga drypers yang termurah..owwhh..semua tu takde dah..dan ada kalanya, saya macam kesian bila tengok mommies yang borong sakan drypers dari supermarket..ada kalanya sampai 5-6 beg (diwaktu harga tengah murah..tapi sayang, sebab pakai dan buang...)..mau saja rasanya saya edarkan brochure (tapi besa lah..mana ingat nak angkut brochure bila masuk shopping kan?? ngan nak usung kanak2 ribena yang amat lasak tuh..hikhikhik..)

Jadi, buatlah pertimbangan yang bijak :)

Friday 25 June 2010

Pengenalan

Rainbow CD (Button n Velcro) RM28/pcs


Coolababy CD (AIO, Button n Velcro) RM28/pcs




Babyland~Printed CD (colourful, button only) RM28/pcs



Minky CD (Sunny / QQ Baby) RM 33/pcs

picture: credit to mamapayish shoppe

Harga diatas adalah untuk pembelian antara 1-4 keping. Sekiranya pembelian melibatkan 5 keping dan ke atas, masih ada diskaun lagi. Harga diatas juga tidak termasuk kos penghantaran. Sekiranya anda berada di sekitar Nibong Tebal, Parit Buntar atau Bandar Baharu Kedah, anda dijemput ke rumah saya untuk melihat dan membeli CD tersebut..Sila buat temujanji dahulu yer..