BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, 22 November 2010

pakej CD

Okes..

untuk yang mahu mencuba2 menggunakan CD, tak tahu nak pilih yang mana satu?

Saya ada sediakan beberapa pakej untuk anda cuba


Pakej Trial 1 (3 CD)

1 pc Babyland Printed ~ RM26
1 pc Coolababy Button ~ RM26
1 pc Coolababy Velcro ~ RM26

Postage ~ RM6

TOTAL = RM 84 sahaja


Pakej Trial 2 (3 CD)

1 pc Coolababy Button ~ RM26
1 pc Coolababy Velcro ~ RM26
1 pc QQ Baby (minky) ~ RM31

Postage ~ RM6

TOTAL = RM 89 sahaja


**atau anda boleh tukar dari velcro ke button dan sebaliknya..sila nyatakan warna/corak yang anda mahukan

Thursday, 4 November 2010

review on CD...Coolababy


Baik...

ini adalah pandangan peribadi saya..dan ianya mungkin berbeza dengan individu lain..

Bagi saya, Coolababy antara CD yang digemari kerana ianya mampu dimiliki oleh ibu2 kelas sederhana..harganya serendah RM28/pcs masih dikira mampu milik...

Setakat ini, saya memakaikan si bongsu dengan 1 insert di waktu siang (velcro)..tapi pada sebelah malam, memang pakai 2 inserts ~ button (jenama lain pun, pakai 2 inserts)...

Takde bezanya voelcro atau button..cuma bagi saya, velcro nih, lagi lama dia agak loose, so, macam tak berapa nak melekat lah..(ini pendapat saya berdasarkan penggunaan sendiri)..so, terpulang pada ibu2 untuk membuat pilihan..selalunya, velcro nih mudah sikit nak setkan, means kalo baby tu perutnya slim atau bulat, mmg takde masalah..cuma bila simanja sudah semakin cerdik, siaplah kalo pakai jenis velcro..sebab dia akan suka-suki bukak sendiri CD dia..hikhikhik..Kalo pakai button, susah skitlah tangan kecik anak2 nih nak cabutkan..

Dan jujurnya, ada ketikanya memang bocor..sebab???

Sebab Awatif tido lasak, plus dia dah diajar tido meniarap..so, itu agaknya yang buatkan dia lenjun...hikhikhik...dan agaknya, sudah tiba masanya saya buat stripping wash..apa itu stripping wash?

Lagi satu, cutting dan saiz Coolababy agak besar jika dibandingkan dengan jenama Rainbow dan Babyland...so, kalo guna Coolababy, setting untuk Awatif adalah saiz S, sedangkan kalo guna jenama Rainbow dan Babyland, saya set-kan size M...

Bila dah lama pakai, inserts Coolababy akan menjadi sedikit keras dan macam nipis..tapi prestasi penyerapan masih tidak terjejas...

Jadi, prestasi keseluruhan adalah memuaskan..out of 5, saya bagi 4 bintang...

ps: seorang customer pernah beritahu saya, beliau lebih prefer Coolababy berbanding jenama lain..mungkin bayinya bersaiz besar..sebab itulah bagi beliau ianya sangat sesuai bagi beliau dan bayinya..

review on...Rainbow


Rainbow, another brand yang saya jual...

rainbow, cuttingnya kecik sedikit daripada Coolababy..Ianya didatangkan samada velcro atau pun button...so, disebabkan ianya kecik, maka amat sesuailah kalo nak pakaikan pada newborn baby (sbb depa mmg kecik :)...

but, not too worry..kalo bayi anda se-chumel anak saya ~aheemmm...masih buleh muat montot keciknya ittew walopun menginjak usia..so, masih lagi pembelian yang berbaloi-baloi-baloi..

Selalunya saya gunakan Rainbow CD pada sebelah siang (1 insert)..Tak pernah guna untuk malam, sebab macam bulky jek kalo masukkan 2 inserts... (nih saya la..org lain, tak tau..)

So, out of 5, saya bagi 4 bintang..

phewwiiitttt....

Berjimat dengan CD

Saya mula terjebak dengan CD atas alasan paling utama~ingin PENJIMATAN...

Segalanya bermula semasa saya mengandungkan anak ke 4 pada tahun 2009..pada ketika itu, anak saya yang no. 3 (Naufal-the kacang), masih menggunakan drypers...memang sejak dari anak yang sulung, kami adalah pengguna tegar drypers..bila sesak, baru guna pet-pet..tapi tak lama sebab ada kalanya bocor dan menimbulkan ruam pada montot si manja..

Maka, semasa tengah mencari2 info extra tentang breastfeeding (another passion of mine), saya terjumpa beberapa blog rakan2 yang bercerita tentang CD (ClothDiaper)..Memang dari dulu dah tau, tapi tak pernah berminat nak tahu apa itu CD, bagaimana ia menyumbang kepada penjimatan berganda, kebaikan, pro vs contra dll...

Jadi, bermula dari situ, saya study dan study dan study...

paling tertarik, penjimatan yang boleh dilakukan bila bertukar menggunakan CD

Contoh pengiraan disposable diapers adalah seperti berikut:

sekeping dispo RM0.60 x 6 keping = RM3.60 sehari (macam ok lagi nih..masih didalam bajet)

RM3.60 x 365 hari = RM1314.00 setahun (ermm..macam ok lagi jugak..)

RM1314.00 x 3 tahun = RM3942.00 (hmmm..almost 4K tuh..mahal jugak ekk..)

sekarang..kalau kita guna CD:

RM30 sekeping x 20 = RM600.00

RM600 itu adalah kos yang perlu dikeluarkan sehingga si manja berusia 3 tahun!!!

Bermakna, anda telah menjimatkan RM 3342.00...WOW...

anggaran perbelanjaan ini kalau harga dispo adalah RM0.60 sekeping...kalo lebih???

dan harga CD tu saya bagi anggaran..kadang, kalo beli dlm kuantiti yang banyak, lagi murah kita dapat beli CD tersebut..

Sehingga kini, seingat saya hampir setahun ber-CD, saya rasa memang jimat..pasai tak payah la setiap minggu dok browse katalog T*sco, Gi*ant, CarreF*ur dll semata2 nak bandingkan harga drypers yang termurah..owwhh..semua tu takde dah..dan ada kalanya, saya macam kesian bila tengok mommies yang borong sakan drypers dari supermarket..ada kalanya sampai 5-6 beg (diwaktu harga tengah murah..tapi sayang, sebab pakai dan buang...)..mau saja rasanya saya edarkan brochure (tapi besa lah..mana ingat nak angkut brochure bila masuk shopping kan?? ngan nak usung kanak2 ribena yang amat lasak tuh..hikhikhik..)

Jadi, buatlah pertimbangan yang bijak :)